About Me

Saya Hafiza atau lebih dikenali dari kalangan anak murid saya 'teacher fiza' telah menjadikan bidang Home Tuition and Group tuition sebagai kerjaya dan kareer saya sepenuh masa.

Diatas minat mendidik, saya telah mula mengajar tuition secara part time pada tahun 2002 iaitu ketika saya masih menuntut di Universiti Malaya didalam bidang sains fizik (elektronik). Kini sudah 7 tahun saya menceburi profesion ini.

Saya juga telah menubuhkan EDUMIND TRAINING sebagai syarikat yang berdaftar dimana terdapat beberapa orang guru yang berkhidmat bersama-sama saya. Setakat ini Edumind Training bergiat aktif di sekitar Selangor ; Bandar Baru Bangi, Kuala Lumpur; Bukit Antarabangsa, Setiawangsa dan Wangsa Maju.

Edumind Training pada ketika ini mempunyai guru yang khusus pengajarannya kepada subjek English, Sains dan Math untuk pelajar UPSR dan PMR. Manakala untuk pelajar tingkatan 4 dan SPM kami lebih mengkhususkan kepada aliran 'pure science' iaitu subjek Fizik, Kimia, Biologi, Math and Add Math.

Matlamat Edumind Training adalah untuk membantu memaksimakan potensi pelajar dan mengaktifkan minda mereka supaya lebih proaktif dan progressif didalam pembelajaran mereka. Secara langsung untuk membantu pelajar mendapat skor 'A' dalam matapelajaran mereka.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Home/Group tuition kami bolehlah menghubungi Edumind Training di talian 017-3884961.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy